Thursday, October 30, 2008

Nilai Seorang Pengaturcara

Assalamualaikum...

Teguhnya pokok-pokok tentunya disebabkan oleh kekuatan akar-akarnya yang menerobos jauh ke dalam tanah.
Megahnya bangunan-bangunan mencakar langit semestinya ditentukan oleh cengkaman tiang-tiang bangunan jauh ke perut bumi.
Kukuhnya jambatan-jambatan disabitkan oleh kekuatan cerucuk tiang-tiang nun di dalam dasar lautan.

Persamaannya?
Ketiga-tiga penyebab kepada kekukuhan objek berkenaannya kebanyakannya tidak kelihatan pada PERMUKAAN LUAR lantas hampir TIDAK DISEDARI kewujudannya.
Ada apa dengan nilai seorang pengaturcara? Sekian.

Wednesday, October 22, 2008

Sebarang Isu-Isu X Office

Kawan-kawan kat office lama aku,kalau ada problem atau isu kat MMCSB yang boleh aku tolong, korang posting kat sini,nanti aku jawab kat sini juga. :)

Orang kita ramai yang hanya pandai bercakap

Assalamualaikum.

Minggu lepas selepas solat jumaat di salah sebuah masjid di Kuala Terengganu,ada seorang makmum membebel,mengatakan kenapa di masjid berkenaaan tidak terdapat bekas atau raga atau bakul atau sebagainya sebagai tempat untuk meletakkan kembali Surah Yasin atau Al-Quran selepas selesai dibaca.

Dibebelnya lagi bukankah masjid berkenaan mendapat banyak duit hasil dari kutipan pada setiap jumaat?Anehnya sebelum itu pandai pula si makmum ini masuk ke ruangan solat utama untuk mengambil Surah Yasin.Diperhatikan pula setelah selesai dibacanya Surah Yasin itu,maka diletakkan sahaja di atas tingkap masjid.Tidak cukup dengan itu dibuat bising mengatakan mengapa masjid tidak membeli peralatan pembesar suara yang baru untuk menggantikan dengan sistem pembesar suara yang sedia ada?

Dalam satu kes yang lain pula (di masjid yang sama),ada seorang makmum juga membuat bising kenapa dan mengapa ahli-ahli jawatankuasa masjid tidak menghamparkan tikar lebih awal sedikit.Dikatanya itu dan ini kepada ahli-ahli jawatankuasa masjid.

Untuk perhatian pembaca,masjid berkenaan adalah masjid sementara yang dibina untuk menampung keperluan masyarakat setempat sementara mengunggu masjid baru disiapkan(sedang dalam pembinaan).Masjid sementara ini mengandungi dua bahagian solat,satunya ruang solat utama,dan yang keduanya ruang dibawah(di ruang inilah dihampar tikar untuk solat dan dikatakan tiada bekas untuk menyimpan Surah Yasin).Jadi adakah wajar membazirkan banyak wang hanya untuk mengetahui bahawa masjid sementara ini akan dirobohkan juga nanti?

Apa yang anehnya,apabila ditawarkan kepada kesemua makmum yang amat pandai berkata-kata ini untuk menjadi AJK masjid berkenaan,pandai pula memberikan seribu satu alasan untuk mengelak.

Ini tidak lagi termasuk dalam hal-hal keagamaan.Ada yang sangat pandai mengatakan orang itu lebih Islamnya dari orang ini,lebih itu dan lebih ini,lebih alim dan macam-macam,padahal yang mengatakan itupun,apabila bermain hanya memakai seluar pendek atas paras lutut sahaja. Samalah juga dalam hal politiknya,oleh sebab terlalu sangat pandai bercakap,apabila mempunyai peluang untuk bertindak,yang tetap dilakukan ialah bercakap juga! Begitulah juga dengan banyak perkara-perkara lain.

Jadi benarlah; sebenarnya, sebahagian orang kita memang hanya pandai bercakap dan bercakap.