Sunday, November 2, 2008

Adab dalam beribadah

assalamualaikum.

Baru-baru ini selepas dalam perjalan balik dari kerja,saya sempat singgah di sebuah surau yang sederhana besar untuk menunaikan solat.Masuk sahaja dalam ruang solat kedengaran seseorang lelaki yang sedang berdoa dengan suara yang agak kuat.Doanya tidaklah salah,cuma menjadi isunya apabila saya melihat terdapat dua lelaki lain sedang menunaikan solat berhampiran dengan lelaki tadi.Jadi apa rasionalnya lelaki berkenaan membaca doa dengan suara yang kuat yang saya kira tentunya menganggu orang lain untuk melakukan ibadah wajib.Nampaknya disini keutamaan dalam melakukan ibadah mungkin sedikit dilupai oleh lelaki tadi.
Perkara ini mengingatkan saya kepada satu peristiwa apabila saya dalam perjalanan pulang dari perantauan ke kampung halaman.Apabila singgah di satu surau di sebuah stesen minyak,keadaan di dalam surau begitu penuh dengan jemaah yang sedang solat.Bagaimanapun pandangan saya lebih tertumpu kepada seorang jemaah yang sedang berdoa,seminit belum habis,2 minit belum lagi habis sedangkan jemaah lain yang sedang menunggu ruang kosong untuk masuk menunaikan solat makin bertambah ramai.Saya tidak pasti bilakah jemaah tadi mengakhiri doanya apabila terdapat satu ruang kosong yang baru saja di berikan oleh seorang jemaah lain yang baru selesai mendirikan solat.
Bagi saya sempurnanya ibadah seseorang adalah juga meliputi kesan ibadahnya kepada orang lain.Wallahuallam...

1 comment:

smith said...

In follow, players employing betting techniques could win, and may certainly 우리카지노 win very large sums of cash, but the losses will outweigh the wins