Monday, November 3, 2008

Apabila Yang Tersembunyi Lebih Dicari

Apabila Mufti Perlis,yang berbahagia Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyingkap persoalan berkenaan Tajassus(mengintip) dalam ruangan Bicara Mufti pada hari ahad yang lepas maka sudah tentunya mengundang pelbagai pandangan dari masyarakat pembaca.Secara kesimpulannya ruangan pena itu bermaksud lebih kurangnya perkara-perkara maksiat yang tersembunyi lebih digemari untuk disingkap dan dijengah berbanding perkara-perkara maksiat yang terang lagi nyata.
Saya secara dasarnya amat bersetuju dengan pandangan Dr. Mohd Asri betapa kita(atau pihak berkuasa?) sebenarnya terlalu membiarkan maksiat yang nyata dihadapan mata berlaku,dan lebih menyedihkan seolah menghalalkannya. Contohnya..betapa banyak drama-drama maupun filem—filem kita yang memaparkan aksi-aksi maksiat,berpelukan antara bukan muhrim,bercumbuan,berpakaian tidak senonoh dan sebagainya dibiarkan sahaja sedangkan maksiat-maksiat tersembunyi lebih digemari untuk disingkap.Bukanlah bermaksud ianya harus dibiarkan namun perkara yang utama harus diutamakan.
Selayaknya semua pihak amnya dan pihak berwajib khususnya lebih memandang serius kupasan oleh Dr. Mohd Asri ini demi kebaikan semua pihak.Wallahuallam.

No comments: